Günther von Kluge
Günther von Kluge

Günther von Kluge

Perang Dunia KeduaGünther Adolf Ferdinand "Hans" von Kluge (30 Oktober 1882 - 17 Ogos 1944) ialah seorang Fil Marsyal Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Beliau dilahirkan ke dalam sebuah keluarga tentera Prusia di Posen (sekarang Poznan, Poland) pada tahun 1882, Kluge menjadi seorang pegawai staf am dengan pangkat kapten pada tahun 1916 semasa Pertempuran Verdun. Beliau adalah salah seorang dari 12 Jeneral yang dinaikkan pangkat dalam Upacara Fil Marsyal 1940 dan merupakan pegawai kanan ke-7 dalam senioriti Tentera Darat Jerman. Generalleutnant Wolfgang von Kluge merupakan adik bongsunya, dan seorang lagi pegawai Jerman, Oberstleutnant Karl Ernst Rahtgens, pula ialah anak saudaranya.Kluge terlibat dalam kempen peperangan di barisan Barat dan Timur, dan telah dianugerahi Salib Besi Kesatria berserta Daun Oak dan Pedang (Bahasa Jerman: Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes mit Eichenlaub und Schwerten). Walaupun Kluge bukanlah seorang konspirator yang aktif dalam percubaan membunuh Adolf Hitler, anak buahnya turut serta, dan Kluge sendiri sebelum ini terlibat dengan penentangan tentera Jerman. Beliau membunuh diri pada 17 Ogos 1944, selepas digantikan selaku Panglima Tertinggi Barat (Oberbefehlshaber West) oleh Walter Model dan dipanggil pulang ke Berlin untuk bermesyuarat dengan Hitler selepas rampasan kuasa yang gagal.

Günther von Kluge

Pangkat Generalfeldmarschall
Nama samaran der kluge Hans ("Si Pintar Hans")
Nama lahir Günther Adolf Ferdinand Kluge
Anugerah Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern
Knight Cross berserta Daun Oak dan Pedang
Hubungan Wolfgang von Kluge (adik)
Karl Ernst Rahtgens (anak saudara)
Tahun perkhidmatan 1901–1944
Unit Artileri
Reichswehr 1916–1930
Wehrmacht 1930–1944
Kesetiaan  Empayar Jerman (sehingga 1918)
 Republik Weimar (sehingga 1933)
 Jerman Nazi
Pertempuran Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Kedua

Meninggal dunia 17 Ogos 1944(1944-08-17) (umur 61)
Metz, Perancis
Arahan Tentera Darat Ke-4
Kumpulan Tentera Darat Tengah
Angkatan Tentera Barat
Kelahiran (1882-10-30)30 Oktober 1882
Posen, Provinsi Posen, Empayar Jerman (Sekarang di Poland)